Saturday, July 26, 2008

AKU DILAHIRKAN SEBAGAI PEMIMPIN.

Anak keturunan JAWA ini masih meneruskan perjuangan. Untuk hidup dan untuk mati. Belum berasa jemu atau penat mengharungi alam dunia.kita diberi peluang sekali di dunia dan sekali di akhirat...dengan IzinNya. Peluang yang berupa emas ini tidak akan memberi manfaat kepada diri sendiri maupun kepada orang lain kalau kita tidak faham dan bijak mengisinya. Nah...apakah yang telah kita lakukan sejak dari mula kita mula dewasa...? Dulu-dulu tu, zaman remaja yang berlalu. Zaman remaja yang banyak membuang masa.. Kita belajar menimba ilmu, kekadang apa yang kita tuntut tidak dapat kita gunakan dalam kerjaya kita. Lain dibaca lain pulak dapat kerja.


Maka dalam kita menguruskan untuk hidup ini buatlah apa sahaja yang sesuai dengan kehidupan kita hari ini. Mau takmau gayakan je asalkan tak sakit atau mati.. Kalau ku kenangkan dari masa alam rendah dulu dah dilantik jadi ketua darjah dan ketua kumpulan anak serigala(pengakap)lah kalau sekarang. Menengah rendah jadi ketua pengawas petang diSSAJ. Menengah (tkt 4&5) jadi ketua pengawas, presiden asrama, ketua komandan kedet polis diSDBL. Langsung, menengah atas(tkt 6) jadi ketua pengawas, presiden asrama diSSI.. Masa itu aku belum tau apa akan terjadi pada diri ini. Entah apa yang akan berlaku. Nak jadi apa.

Di zaman remaja bermula selama 16 hari aku menggangur di rumah. Lantas, ditawarkan kerja field conductor oleh KL Kepong Berhad. Aku mulakan kerjaya sebagai pegawai ladang sawit yang menjaga berpuluh-puluh orang pekerja ladang sawit. Aku diam dalam hutan bermanja dengan gajah, landak, beruk ular dan berperang dengan babi pemusnah tanaman.. Pernah juga memburu harimau akar dan mati tergolek. SELAMAT MANUSIA!

(bersambung.............).